October 12, 2007

BERAKHIRNYA RAMADHAN DAN MENJELANGNYA SHAWAL

SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA
Hari ini 12 oktober 2007 bersamaan 30 ramadhan 1428,bermakna esok umat islam akan menyambut Aidil Fitri,disini kami semua ahli jawatan kuasa PERANG KL,SELANGOR,ingin mengucapkan Selamat Memyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua para pesakit buah pinggang seluruh negara ,semoga kita sama-sama menyambut Aidil Fitri dengan penuh kegembiraan dan dapat lah kira nya beraya dengan sanak saudara,baik yang jauh mau pun yang dekat.

Pada mereka yang ingin beraya di kampung agar kita berhati-hati lah memandu kenderaan,kerana sekarang ini kerajaan telah menjalankan operasi sikap,sama-sama lah kita membantu agar dapat mengurangkan kemalangan,insyaallah,dan tidak lupa ingatan yang perlu kita lakukan jaga lah makan dan minum agar bila balik nanti buat dialisis kita tidak menghadapi masalah.Pada mereka yang boleh berpuasa,alhamdulilah kita ucapkan semoga kekurangan diri kita tidak menghalang kita agar melakukan amalan puasa serta solat sunat tarawikh dan solat wajib ,mungkin ada yang tertanya-tanya adakah pesakit buah pinggang boleh menjalani puasa semasa buat dialisis,soalan ini telah saya tanyakan pada seorang ustaz bekas pegawai Jabatan Agama Islam Selangor,yang juga pesakit buah pinggang(sekarang telah meninggal dunia)arwah telah memberi tahu bahawa beliau telah dapat melakukan puasa selama 4 tahun dalam bulan ramadhan kerana kata beliau semasa kita melakukan dialisis ia melalui urat bukan rongga.Jika masih lagi ada kemuskilan di harap agar dapatlah pihat pesakit bertanya pada yang lebih arif,saya cuma menyampaikan apa yang telah disampaikan kepada saya.

Pada mereka yang tak berkempampuan untuk melakukan amalan ini,ada cara kita untuk melunas kan hutang-hutang kita seperti membayar fidyah,buat lah mana yang termampu oleh kita agar kita akan mendapat berkat dari ALLAH S.W.T didunia dan di akhirat. Dimana jua pun kita semua berada kami semua mengucapkan selamat berhari raya,maaf zahir dan batin.

September 28, 2007

TERIMA KASIH PADA YANG PERIHATIN

En Ramli bin Ahmad, pesakit buah pinggang kronik berasal dari Kpg Lahar Batu, Pendang, yang menjalani dialysis 3 kali seminggu di Hospital Yan menerima sumbangan Tabung Kemiskinan Harakah yang disampaikan oleh YB Dr Hj Mohd Hayati Othman Ahli Parlimen Pendang. Beliau mengucapkan terima kasih diatas sumbangan tersebut dan berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban beliau menjelang Idul Fitri nanti kerana pada pada ini beliau tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan kerana masanya dihabiskan untuk menjalani rawatani dialysis. Beliau hanya bergantung harap kepada anak beliau yang bekerja dibengkel besi di Pendang, anak yang lain masih bersekolah. Kita berdoa semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada beliau dan mengharapkan beliau akan sentiasa dalam perjuangan Islam dan tabah menghadapi ujian Allah ini.
Semoga Allah memurahkan rezeki mereka yang sentiasa menyumbang kepada TKH

September 15, 2007

TANGGUNGJAWAB BERSAMA

BANTULAH KELUARGA ANDA MENCEGAH DARI SAKIT BUAH PINGGANG

Mengapa keluarga kita perlu tahu?

#Penyakit buah pinggang diwarisi dalam keluarga.
#Walaupun seorang ahli keluarga menghadapi kegagalan buah pinggang,semua ahli keluarga berkaitan,harus menjalani pemeriksaan.
#Dengan rawatan awal dapat memperlahankan dan dialysis atau pemindahan organ dapat dielakkan.

Apa yang mereka perlu tahu

#Diabetes dan tekanan darah tinggi adalah punca utama kegagalan buah pinggang.
#Mengawal gula dalam darah dan tekanan darah boleh membantu ginjal kekal sihat.
#Harus menjalani pemeriksaan.

Bagaimana membantu mereka untuk mencegah

Menasihatkan mereka untuk mendapatkan pemeriksaan dengan doctor.

ADAKAH ANDA MENGHIDAP DIABETES
Diabetes merupakan sebab utama kegagalan buah pinggang.Buah pinggang mengekalkan kesihatan kita dengan mengekalkan keseimbangan garam dalam darah,diabetes merosakkan saluran kecil darah dalam badan kita,apabila saluran darah ginjal cedera,ginjal kita tidak dapat berfungsi dengan baik.Kedua-dua jenis diabetes ,jenis 1 dan 2 boleh menyebabkan penyakit buah pinggang,semakin lama kita menghidapi diabetes,lebih tinggi risiko untuk kita mendapat pesakit buah pinggang.

IANYA BOLEH DICEGAH
Satu cara untuk mencegah adalah dengan mengawal diabetes kita.Ubat-ubatan juga boleh membantu dalam memperlahankan kadar kemerosotan,penyakit ini tiada tanda awal dan bagi mereka yang menghidapi diabetes penting menjalankan ujian penyakit ini setiap tahun.

ADAKAH ANDA MEMPUNYAI TEKANAN DARAH TINGGI
Tekanan darah tinggi adalah punca kedua tertinggi yang mengakibatkan kegagalan buah pinggang.Buah pinggang kita memainkan peranan penting dalam mengekalkan tekanan darah didalam kadar yang sihat,tekanan yang tinggi boleh memberi kesan pada buah pinggang kita.Tekanan darah tinggi menyebabkan jantung kita bekerja lebih kuat dan lama-kelamaan boleh merosakkan saluran darah dalam badan termasuklah didalam buah pinggang.
Dengan mengawal tekanan darah tinggi kita serta ubat-ubatan dapat membantu atau memperlahankan kemerosotan ginjal.Pada mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi penting bagi mereka mendapatkan pemeriksaan buah pinggang.


APAKAH DIABETES
Diabetes adalah penyakit kronik yang berlaku disebabkan oleh masalah pengeluaranatau tindakan insulin didalam badan.Apabila seseorang menghidapi diabetes sama ada pancreas tidak dapat mengeluarkan insulin yang diperlukan (jenis 1)atau badan mereka tidak dapat menggunakan insulin yang dikeluarkan dengan efektif(jenis 2).Selalunya paras glukos dalam darah atau air kencing merupakan tanda jelas diabetes.
Jenis 1 – boleh berlaku pada semua peringkat umur,namun lebih kerap dikalangan remaja dan kanak-kanak dan ia mengeluarkan sedikit atau tiada langsung insulin,Mereka yang menghidap jenis 1 memerlukan suntikan insulin setiap hari.
Jenis 2 –sering berlaku dikalangan dewasa (40 tahun keatas) terutamanya mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan juga boleh berlaku pada kalangan muda disebabkan oleh obesity dan aktiviti yang terhad.Individu yang menghidap diabetes jenis 2 tidak bergantung kepada insulin dan ia boleh dikawal dengan menjaga pemakanan ,mengurangkan berat badan sekiranya perlu dan melakukan aktiviti fizikal yang sederhana dengan kerap.

APAKAH TEKANAN DARAH TINGGI
Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai hipertensi berlaku apabila darah menekan lebih kuat dinding arteri dan ini mengakibatkan kerosakan.Untuk kebanyakan orang dewasa bacaan tekanan darah pada 140/90 atau lebih adalah dianggap tinggi.Bagi mereka yang mempunyai diabetes atau penyakit buah pinggang yang kronik adalah kurang daripada 130/80.Bacaan tekanan darah yang normal adalah 120/80 dan lebih rendah pada mereka yang mempunyai keadaan fizikal yang lebih baik.

September 9, 2007

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia

Hari ini pada 9hb sept 2007 bertempat di Hotel Armada Petaling Jaya NKF atau Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia telah mengada kan satu forum bertajuk"PERANAN,BANTUAN KEWANGAN DAN PELUANG PEKERJAAN AGENSI-AGENSI BAGI PESAKIT BUAH PINGGANG"forum ini telah menarik ramai peserta yang terdiri dari pesakit serta kaki tangan pusat dialisis seluruh lembah kelang yang dianggarkan melebihi dari 350 orang bermula dari jam 8 am lagi peserta telah mula mendaftarkan diri masing-masing.

Forum ini telah dipengerusikan oleh 3 orang pengerusi yang mengendalikan forum ini secara berperingkat.Peringkat pertama ia telah di pengerusikan oleh Dr.K.Sivashanker iaitu Pengurus Program Perubatan NKF.Panel pertama pada pagi itu yang bermula jam 8.30 am telah menjemput Pn.Leela Ramadas Ketua Penolong Setiausaha Kanan,KMM yang membentang kan tajuk Peranan dan Bantuan Subsidi Kementerian Kesihatan Malaysia.Pn.Leela telah menerangkan pada semua peserta bahawa KMM juga memainkan peranan mereka dengan memberi bantuan kewangan pada mereka yang benar tak mampu untuk menanggung kos dialisis sebanyak rm50 setiap kali rawatan dialisis yang diusahakan oleh pihak NGO serata malaysia,dan bantuan ini adalah cuma pada mereka yang melakukan dialisis pada pusat yang dijalankan oleh beberapa pertubuhan NGO dan selain dari rawatan dialisis KMM juga membantu pada mereka yang mendapat rawatan di hospital kerajaan,dan pada mereka yang menjalankan rawatan di pusat dialisis persendirian bantuan tidak akan diberi.Pn.Leela juga ada menerangkan bahawa permohonan untuk mendapat bantuan dari KMM telah dipercepatkan sehingga 2 minggu agar bantuan dapat disalurka pada yang memerlukan dengan segera.

Forum kali ke 5 ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr.S S Gill, Pengerusi Lembaga Pengurus NKF yang banyak menekankan betapa pentingnya kerajaan membantu pesakit buah pinggang ini yang akan bertambah dari masa ke semasa dengan mengalakkan ahli parlimen membuat ususl pada kerajaan agar rawatan dialisis diberikan percuma pada masa akan datang.

Selepas minum pagi jam 10am hingga 10.30 am forum bersambung kembali dan kali ini ia dipengerusikan oleh En.Na Lai Chun,Pengurus Kanan Dialisis NKF.Kini giliran dari JKMM pula yang akan memberikan ceramah dengan tajuk peranan dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang disampaikan oleh Pn.Norhafizah bt.Ahmad seorang Penolong Kanan,Bahagian Pembanguanan Sosioekonomi dan Bantuan JKMM.Pn.Norhafizah juga menerangkan yang JKMM juga telah memaikkan peranan dan tanggungjawab terhadap masyarakat dengan memberi bantuan kerajaan dengan berbagai kategori termasuk dari bantuan kerajaan negeri dan pusat dengan syarat setiap permohonan yang akan diberi bantuan pada sementara waktu di iskan dengan betul dan tepat agar siasatan dan urusan dapat dilakukan dengan segera.Selama 45 minit Pn.Norhafizah telah menerangkan tanggungjawab JKMM pada setiap masyarakat yang memerlukan bantuan.

Giliran dari YKN, Yayasan Kebajikan Negara menyusul dengan penceramah oleh Cik Aida bt. Abdul Jalil seorang pegawai Eksekutif Unit Perundangan dan Khidmat Nasihat YKN serta dibantu oleh 2 rakan beliau.YKN bertujuan membantu masyarakat dengan berbagai cara yang bertepatan dengan logo YKN bermaksud "caring".Bantuan-bantuan ini terdiri dari bantuan perubatan,bantuan khidmat sosial,bantuan pendidikan,bantuan bencana alam,bantuan pada pertubuhan NGO dan bantuan prihatin.YKN juga telah membina rumah YKN dialisis yang bercirikan suasana rumah sendiri yang nyaman,bersih serta selamat,YKN juga telah membina anjung kasih tempat penginapan sementara kepda anggota keluarga yang sedang menerima rawatan di hospital kerajaan,menyediakan pusat pengajian ilmiah kepada golongan emas,serta one stop centre bagi rawatan kanak-kanak dan remaja yang bermasallah mental dan projek usahasama pusat pemulihan dalam komuniti.Seperti yang lain juga YKN juga memerlukan setiap permohonan mestilah diisi dengan betul dan tepat dan akan dikaji semula setiap 6 bulan dan setahun.

Sebelum berhenti rehat makan tengahari dari jam 12.30 hingga 2.00pm En.Sivabalan wakil dari Kumpulan Sokongan Pesakit telah memberikan sedikit ucapan beliau bagaimana setiap pesakit harus bersama-sama berjuang agar pesakit buah pinggang ini mendapat bantuan yang sewajarnya serta meminta agar pesakit buah pinggang ini dikategorikan sebagai orang kurang upaya OKU,agar pesakit ini mendapat bantuan yang sewajarnya.

Selepas rehat,forum bersambung kembali dengan giliran En.Tan Chor Seong menjadi pengerusi,En.Tan adalah seorang pengurus dialisis NKF.Giliran En.Md Hatta bin Md Jauhar dari Jabatan Tenaga Rakyat menyampaikan ceramah beliau dengan tugas dan peranan Jabatan Tenaga Rakyat dalam membantu mencari dan menyediakan pekerjaan pada masyarakat yang memerlukan bantuan serta undang-undang pekerjaan yang harus majikan patuhi termasuklah pada mereka yang sakit seperti pesakit buah pinggang serta penyakit lain. Beliau juga menasihatkan orang ramai agar berhubung dengan Jabatan Tenaga Rakyat sekira berlakunya masallah antara majikan dengan para pekerja agar permasalahan ini dapat diselesaikan dengan betul.

Dari PERKESO Dr.Ahmad Kamal bin Mohamad Nor telah menerang dengan panjang lebar tentang tugas dan fungsi PERKESO yang menyata kan sebenarnya yang bantuan pada pesakit buah pinggang tidak termasuk dalam skim PERKESO,PERKESO cuma membantu agar beban pesakit buag pinggang dapat dikurangkan dengan membantu sebahagian dari beban pesakit dan meminta orang ramai jangan terlalu meminta sakit dan mengalakkan mengamal kan hidup sihat,walau pun ia adalah sebahagian hak pekerja,khuatir akan berlaku dimana kewangan pada masa akan datang menjadi kurang maka ada cadangan agar potongan socso perlu dinaikkan agar dapat menampung perbelanjaan pada masa akan datang.Dr.Ahmad juga menerangkan bahawa pada tahun lepas pendapatan dari pencarum seluruh negara adalah sebanyak rm 1.5 billion dan perbelanjaan pengurusan serta bantuan pada sebilangan pesakit yang mendapat bantuan dan lain-lain adalah hampir rm 1 billion,Perkeso juga memainkan peranan dan tanggung jawab terhadap Masyarakat dengan mendermakan lebih kurang 189 buah mesin dialisis pada badan-badan ngo termasuklah NKF.Dalam banyak panel penceramah Dr.Ahmad merupaka panel yang banyak mendapat pertanyaan dari peserta dan ia juga mendapat banyak pertanyaan dalam seisi soal dan jawab yang dilakukan sebelum forum ini menutup tirainya.Sebelum berakhirnya forum ini selaku pengerusi forum Dr. K.Sivashanker telah meminta peserta dapat memberikan idea yang baru berkenaan tajuk yang perlu dibentang pada masa akan datang dan meminta pada mereka yang mempunyai idea agar dapat menghubungi mereka pada bila-bila masa.Program bersurai setelah semua peserta menjamu selera dengan minum petang jam 4.30 petang.Sebelum bersurai penganjur NKF telah mengucapkan ribuan terima kasih pada semua peserta kerana sambutan yang ramai dan bersama-sama sehingga selesai
.

August 22, 2007

PENGETAHUAN MENGENAI FOSFORUS DAN DIET

Fosforus adalah mineral yang terdapat didalam kebanyakan makanan.Ianya penting untuk tulang dan gigi yang kuat dan juga membantu kita memperbaiki sel-sel badan dan memastikan kandungan darah yang baik.Fosforus boleh didapati dalam makanan yang kita makan,sesetengah makanan mengandungi lebih banyak fosforus berbanding dengan makanan lain.Buah pinggang yang normal dapat menyikirkan atau membuang fosforus yang berlebihan ke dalam air kencing.Buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik tidak dapat menyikirkan fosforus yang berlebihan didalam darah,oleh itu paras fosforus akan meningkat didalam darah.

APA YANG TERJADI SEKIRANYA FOSFORUS TINGGI DIDALAM DARAH?

Paras fosforus yang tinggi akan menrunkan paras kalsium didalam darah kerana kalsium yang tinggi dan mencukupi perlu unytuk denyutan jantung yang normal dan untuk pembekuan atau pengumpulan darah.Apabila paras kalsium berkurangan oleh sebsb di pengaruhi oleh fosforus yang tinggi kita terpaksa menambahkan kalsium dengan mengeluarkan kalsium yang terdapat pada tulang,kehilangan kalsium pada tulang akan menyebabkan tulang mudah retak dan patah.

MENGHALANG KENAIKAN FOSFORUS DALAM DARAH

Terdapat 2 cara untuk mengawal jmlag fosforus
1.Elakan makanan yang tingi fosforus
2.Ambil ubat pengikat fosforus

SUMBER-SUMBER FOSFORUS DALAM MAKANAN
@ RENDAH
air kosong,teh dan kopi cair,minuman ringan,cornflakes dan berteh beras,nasi,mee hoon,roti putih,gula dan manisan madu,lemak minyak,buahan segar dan sayur segar.

@ SEDERHANA
kopi dan teh pekat,minuman soya,kentang,keledek dan keladi,kuning telur,kerang dan ikan,daging,ayam,itik,arnab,lembu,kambing dan babi.

@ TINGGI
koko dan coklat,gula perang,susu dan hasil tenusu,oatmeal,tepung wholemeal,tepung afta,tepung naik sendiri,pastri,bertih jagung,ekstrak daging organ dalaman,bouril,bonox,buahan kering,sayuran kering,ayam sejuk beku,sayuran sejuk beku,bijiran dan kekacang,peas dan dhal,yis dan extrak yis.

MEMILIH MAKANAN YANG RENDAH FOSFORUS

1.elakkan makanan yang tinggi fosforus
2.hadkan makanan yang sederhana fosforus
3.makan isi sahaja bagi,ikan ,udang serta ketam.elakakan makan tulang dan cengkerang
4.elakan pengambilan sum-sum tulang,tulang rawan dan urat daging
5.hadkan makanan yang tinggi protien
6.makanan berkanji atau bijiran perlu diambil dalam jumlah mencukupi dapat membantu mengekalkan berat badan
7.kurangkan pengambilan gula.lemak dan minyak

UBAT PENGIKAT FOSFORUS
Perlu diambil bersama-sama makanan yang dimakan agar dapat mengikat fosforus supaya tidak dapat dihadamkan dan seterusnya dikeluarkan dalam bentuk najis.Ubat ini mestilah dihancurkan atau dikunyah sebelum ditelan dan dimakan bersama-sama dengan makanan yang kita makan dan perlu mengikut preskripsi doktor.

July 8, 2007

MASIH ADA YANG PERIHATIN PADA MEREKA YANG SENASIB KAMI

Kelantan Wujud Pusat Rawatan Haemodialysis PercumaPosted on Saturday, July 07 @ 13:12:44 MYT by greenboc KOTA BHARU: 6 Julai – Mana-mana pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang di negeri Kelantan akan menerima rawatan haemodialisis secara percuma apabila Keluarga Bahagia Haemodialysis memulakan operasinya.Peringkat awal perlaksanaan dimulakan dengan pembukaan pusat rawatan tersebut yang pertama di Jalan Bayam, Kota Bharu, dua minggu selepas itu pusat yang kedua akan dibuka di Pasir Mas dan seterusnya pembukaan pusat haemodialisis akan dibuka di setiap daerah di negeri Kelantan ini.Perasmian pagi tadi itu dilakukan oleh Ahli Exco Negeri, Dato’ Hj Husam Musa yang mewakili Menteri Besar Kelantan yang terpaksa menghadiri satu majlis lain di Jeli.
Menurut Pengarah Urusannya, En Shazali Shauf, selain menawarkan rawatan secara percuma beberapa perkhidmatan lain juga turt disediakan untuk para pesakit yang menerima rawatan di sini seperti kemudahan pengangkutan pergi dan balik, khidmat nasihat pakar, urut refleksologi dan juga kelas agama.Semua ini dilakukan untuk memberikan kepuasan dan kesedaran kepada pesakit bahawa apa yang menimpa mereka bukanlah satu bala atau musibah sebaliknya ia merupakan ujian oleh Allah SWT kepada umatnya.
“Kita akan mengambil pesakit dalam jarak 10 hingga ke 30 kilometer dari pusat rawatan untuk menerima rawatan ini. Maknanya kita menyediakan pengangkutan untuk pesakit dibawa menerima rawatan dan setelah selesai, kita akan menghantar pesakit kerumah mereka semula” ujar beliau semasa sidang akhbar selepas majlis perasmian.“Apa yang kita laksanakan melalui Keluarga Bahagia Haemodialysis dengan menyediakan pusat rawatan percuma yang pertama seumpamanya ini ialah untuk memberikan kesedaran yang menyeluruh dan berjiwa kebajikan terutamanya kepada yang lemah atau yang sakit dan kebajikan adalah di antara tiang-tiang utama Islam yang syumul.
Yang sakit memerlukan perhatian kerana kesakitan telah memberikan mereka kelemahan dan kadang-kadang tidak berdaya untuk mengurus diri mereka sendiri. Dengan itu yang sihat mempunyai peluang untuk mendapat pahala dengan memberikan bagi perkhidmatan kepada yang sakit”. Ujar Husam semasa berucap merasmikan pusat rawatan ini.Pusat ini yang memberi perkhidmatan setiap hari kecuali hari jumaat adalah terbuka kepada sesiapa saja tanpa mengira kaum dan agama

July 6, 2007

SAYANGI LAH BUAH PINGGANG ANDA

Terletak dibahagian bawah belakang tulang rusuk,dan berat 0.5% dari keseluruhan berat badan.Fungsi buah pinggang ini adalah mengawal tekanan darah,dimana ia mengawal keseimbangan garam galian dalam badan,mengawal penghasilan darah merah,mengawal kesihatan dan ketumpatan tulang.Punca utama penyakit ini adalah berpunca dari diabetes,tekanan darah tinggi yang melampau,memakan ubat tahan sakit dan sebagainya dan bermacam-macam lagi.Pesakit diabetes adalan penyakit yang banyak menyumbangkan pesakit menghidapi sakit buah pinggang iaitu sebanyak 75% dari keseluruhan pesakit ginjal ini.

Kini terdapat lebih 15 ribu orang pesakit yang menjalani dialisis dan dianggarkan lebih 2 ribu orang pesakit baru setiap tahun.Tanda-tanda awal penyakit ini adalah kencing seseorang itu menjadi berkeladak,lama-kelamaan apabila tidak dirawat dengan betul dan tidak berjumpa doktor maka kegagalan buah pinggang akan bermula dan tanda-tandanya adalah cepat merasa letih dan lesu,kurang selera makan,dan rasa mual dan muntah,kaki akan mula membengkak dan sesak nafas,kadangkala orang menyalah tafsir kerosakan ginjal adalah sakit pinggang.

Individu-individu yang berisiko tinggi adalah mereka yang mempunyai penyakit diabetes,penyakit darah tinggi,mempunyai ahli yang terdekat yang menghidapi sakit buah pinggang,dan mereka yang kerap memakan ubat tahan sakit,ada juga kes yang tidak tahu apa puncanya.Kepada mereka-mereka yang mengambil berat atau pun masih belum lagi tahu berkenaan penyakit ini digalakan dapatkan pengesahan doktor sekiranya anda tergolong dalam kumpulan berisiko ini.Ujian-ujian makmal ini nanti akan menentukan berapa banyak kandungan urea dan creatinine dalam darah seseorang,dan berapa tinggi paras gula dalam darah seseorang serta berapa banyak protien dalam air kencing.

Pesakit yang telah menjalani rawatan dialisis adalah dalam kategori peringkat 5,pada mereka yang berada di peringkat 1-4 adalah disarankan agar dapat ikut nasihat doktor dengan betul di samping mengamalkan cara hidup yang sihat dengan memakan makanan yang berkhasiat,mengawal berat badan mengikut tinggi seseorang itu,melakukan senaman lebih kerap serta berhenti dari merokok,mengawal paras gula dalam darah semasa berpuasa adalah kurang 6m mol/L 2 jam selepas makan adalah kurang 11m mol/L,serta mengawal tekanan darah dibawah 130/80mmHg dan pada mereka yangair kencing mereka mengandungi protinuria adalah dibawah 120/75mmHg.

Sebagai mesyarakat yang telah menhidapi penyakit ini kami ahli dalam persatuan merayu agar pada mereka yang sayangkan ginjal mereka haruslah mula memastikan ginjal mereka dan kesihatan mereka dalam keadaan sihat disamping mengamalkan cara hidup yang sihat,selalu periksa darah mereka agar doktor dapat memberi nasihat untuk diri anda tidak termasuk dalam golongan penyakit ini.

MENGAPA PERANG DITUBUHKAN

PERSATUAN RAWATAN GINJAL SELANGOR akan berperanan sebagai pusat untuk menyalurkan ilmu pengetahuan dan khidmat nasihat berkenaan rawatan,gaya hidup,pemakanan dan penyakit buah pinggang kepada pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang supaya mereka lebih''Berfikiran Positif Hidup Berkualiti''.Inilah cogankata yang akan kita sama-sama pratikkan dalam meneruskan hidup kita.Dengan adanya PERANG ini dapat lah kita sama-sama berkongsi pengalaman dan saling memberi sokongan moral di antara satu sama lain.

PERANG juga akan berfungsi sebagai platform untuk ahli-ahlinya memberikan pendapat dan cadangan mahupun aduan-aduan berkenaan rawatan yang diterima di Hospital serta pusat dialisis swasta agar ahli-ahli persatuan mendapat rawatan yang terbaik.Kini terdapat hampir 15 ribu pesakit ginjal menjalani rawatan dialisis di Malaysia pada penghujung 2006.Jumlah ini bersamaan dengan 550 pesakit ginjal yang menjalani dialisis untuk setiap juta penduduk Malaysia.Hampir 60% pesakit baru mengalami kegagalan ginjal kekal terdiri dari pesakit diabetes melittus.Pada masa yang sama ahli keluaga juga mempunyai beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk berhadapan dengan perbagai cabaran dan kesusahan akibat gejala penyakit buah pinggang ini.

ANTARA CABARAN YANG DIHADAPI:
1:mengatasi halangan psikologi yang menindakkan status pesakit
2:kekurangan maklumat cara dialisis yang sesuai dengan keperluan pesakit
3:mendapatkan rawatan yang dekat dengan tempat tinggal
4:membiayai kos rawatan serta ubat
5:membiasakan diri dengan rutin rawatan
6:mematuhi kawalan pemakanan dan minuman
7:memenuhi tanggungjawab sosial sebagai suami,isteri,ibu dan bapa.
Ini adalah sebahagian dari cabaran yang dihadapi dan masih banyak lagi cabaran yang tak dicatitkan dalam kolum ini.Juga diharapkan tertubuhnya persatuan ini akan menghasilkan KEBAIKAN pada semua orang diantaranya:
1:berkongsi pengalaman
2:mengumpulkan pesakit dengan ahli keluarga untuk aktiviti sosial
3:mengumpulkan dana kewangan untuk kemudahan pesakit
4:meningkatkan pengetahuan masyarakat awam mengenai penjagaan buah pinggang
5:menolong dan menyokong pihak berwajib dalam meningkatkan mutu rawatan dialisis
6:memberikan kekuasaan dan kesedaran untuk menjaga hak-hak dan kepentingan pesakit.

July 5, 2007

PERANG(PERSATUAN RAWATAN GINJAL SELANGOR)

PERSATUAN RAWATAN GINJAL SELANGOR

Pada hari ini Ahad bertarikh 01 07 2007 bertempat tingkat 4,DEWAN CATTELEYA GRAND BALLROOM,WISMA PKPS,JALAN PERBENDAHARAAN,SEKSYEN 14 SHAH ALAM,SELANGOR,telah mencatatkan satu sejarah apabila satu persatuan yaitu PERSATUAN RAWATAN GINJAL SELANGOR telah ditubuhkan yang mana ia telah dirasmikan oleh DR.GHAZALI AHMAD dari Pakar Perunding Nefrologi Kanan,H.K.L.

Disamping itu juga diadakan satu AGM untuk memilih satu ahli jawatan kuasa yang akan menjalankan aktiviti persatuan dan persatuan juga telah mengadakan satu seminar yang bertajuk MENINGKATKAN KUALITI RAWATAN DIALISIS yang telah disampaikan oleh DR,GHAZALI AHMAD sendiri di samping DR.LILY MUSHAHAR yang juga dari jabatan yang sama serta PUAN NOOR HANIZAH dari Frenesius Medical Care dan PUAN LIM S.M dari Jansenn-Cilag .
Pergerakan pesatuan ini banyak dibantu oleh pengurus dari Syukur Elit dialisis centre iaiti EN.MALIK FAIZAL serta USTAZ HAYAZI yang telah membenarkan pusat dialisis Syukur Elit menjadi pejabat sementara Persatuan.

Dalam AGM yang pertama ini ahli yang terdiri dari pesakit buah pinggang sebahagian yang hadir dari negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan telah memilih beberapa orang yang juga pesakit buah pinggang untuk memegang amanah dan jawatan dalam persatuan ini dan mereka adalah:
PRESIDEN :MARYATI MOHD HASSAN
T.PRESIDEN :AHMAD ALI
SETIAUSAHA :SURAYATUL NADIA
P.SETIAUSAHA :NORFADILAH
BENDAHARI :ZALIKAH
AJK 1 :AZMAN KAMARUDIN
AJK 2 :KAMARUZAMAN JAMIL

Dalam mesyuarat ini ahli di minta untuk meluluskan draf perlembagaan Persatuan yang membentangkan 21 fasal undang-undang persatuan yang akan dibincangkan dalam satu mesyuarat ahli jawatan kuasa yang telah dilantik pada masa yang terdekat,disamping akan berusaha menambahkan kan lagi ahli persatuan dan merancakkan lagi aktiviti persatuan serta mencari dana untuk mengerakkan persatuan agar dapat berkembang.

Dalam seminar MENINGKATKAN KUALITI RAWATAN DIALISIS Dr.GHAZALI telah menekankan pentingnya seseorang pesakit itu menjalankan rawatan mengikut waktu rawatan serta menjaga pemakanan serta bercerita tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh kerajaan ,ngo serta badan-badan yang membantu pesakit buah pinggang ini seperti,Socso,Baitulmal,Pusat Zakat Selangor dan JPA.Kerajaan sahaja telah membelanjakan sebanyak rm 53 juta untuk merawat pesakit ini dan ini tidak termasuk dari perbelanjaan semua jabatan yang tersebut diatas.Dr.Ghazali juga menekankan agar persatuan ini dapat bergabung dengan persatuan dari negeri lain agar dapat membentuk satu persatuan untuk National amnya.

Puan NOOR membentangkan satu seisi untuk pesakit melakukan senaman semasa menjalankan rawatan dialisis yang mana seisi ini memang sesuai utk pesakit melakukan senaman semasa rawatan kerana ia banyak memberi manafaat terhadap pesakit ginjal.Selepas makan tengahari giliran Dr.LILY membentangkan ceramah beliau berkenaan cara dialisis yang baik yang mana juga meminta pesakit menjalankan dialisis mengikut waktu yang ditetapkan,menjaga pemakanan serta menjaga minum,makan ubat yang perlu serta nasihat Dr
dipatuhi agar jangka hayat pesakit itu dapat ditingkatkan dan berasa lebih sihat.Bagi Puan LIM pula ia membentang kan cara pemakanan yang betul untuk menambahkan kesihatan kita serta ia juga menunjukkan satu cd yang menentukan cara pemakanan yang sihat serta boleh diikuti setiap pesakit ginjal yang harga nya rm 160 setiap satu cd.

Persatuan juga akan cuba menambahkan kan lagi peserta pada masa akan datang yang pada masa seminar ini cuma sebahagian sahaja yang datang dari 100 lebih centre dijemput cuma tak sampai 20 centre sahaja yang menyertai seminar ini yang mana rata-rata ia dihadari oleh pesakit serta pekerja pusat dialisis sekitar Selangor dan KL.Seminar telah berjaya dan telah ditamatkan pada jam 4.30 petang.Persatuan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.AZMAN ISMAIL kerana sudi menjadi pengerusi majlis dan juga mengalu-alukan sumbangan penaja dari ABBOTT LABORATORIES dan FRESENIUS MEDICAL CARE serta pusat rawatan DIALISIS SYUKUR ELIT kerana menjadi pengajur bersama persatuan.