July 8, 2007

MASIH ADA YANG PERIHATIN PADA MEREKA YANG SENASIB KAMI

Kelantan Wujud Pusat Rawatan Haemodialysis PercumaPosted on Saturday, July 07 @ 13:12:44 MYT by greenboc KOTA BHARU: 6 Julai – Mana-mana pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang di negeri Kelantan akan menerima rawatan haemodialisis secara percuma apabila Keluarga Bahagia Haemodialysis memulakan operasinya.Peringkat awal perlaksanaan dimulakan dengan pembukaan pusat rawatan tersebut yang pertama di Jalan Bayam, Kota Bharu, dua minggu selepas itu pusat yang kedua akan dibuka di Pasir Mas dan seterusnya pembukaan pusat haemodialisis akan dibuka di setiap daerah di negeri Kelantan ini.Perasmian pagi tadi itu dilakukan oleh Ahli Exco Negeri, Dato’ Hj Husam Musa yang mewakili Menteri Besar Kelantan yang terpaksa menghadiri satu majlis lain di Jeli.
Menurut Pengarah Urusannya, En Shazali Shauf, selain menawarkan rawatan secara percuma beberapa perkhidmatan lain juga turt disediakan untuk para pesakit yang menerima rawatan di sini seperti kemudahan pengangkutan pergi dan balik, khidmat nasihat pakar, urut refleksologi dan juga kelas agama.Semua ini dilakukan untuk memberikan kepuasan dan kesedaran kepada pesakit bahawa apa yang menimpa mereka bukanlah satu bala atau musibah sebaliknya ia merupakan ujian oleh Allah SWT kepada umatnya.
“Kita akan mengambil pesakit dalam jarak 10 hingga ke 30 kilometer dari pusat rawatan untuk menerima rawatan ini. Maknanya kita menyediakan pengangkutan untuk pesakit dibawa menerima rawatan dan setelah selesai, kita akan menghantar pesakit kerumah mereka semula” ujar beliau semasa sidang akhbar selepas majlis perasmian.“Apa yang kita laksanakan melalui Keluarga Bahagia Haemodialysis dengan menyediakan pusat rawatan percuma yang pertama seumpamanya ini ialah untuk memberikan kesedaran yang menyeluruh dan berjiwa kebajikan terutamanya kepada yang lemah atau yang sakit dan kebajikan adalah di antara tiang-tiang utama Islam yang syumul.
Yang sakit memerlukan perhatian kerana kesakitan telah memberikan mereka kelemahan dan kadang-kadang tidak berdaya untuk mengurus diri mereka sendiri. Dengan itu yang sihat mempunyai peluang untuk mendapat pahala dengan memberikan bagi perkhidmatan kepada yang sakit”. Ujar Husam semasa berucap merasmikan pusat rawatan ini.Pusat ini yang memberi perkhidmatan setiap hari kecuali hari jumaat adalah terbuka kepada sesiapa saja tanpa mengira kaum dan agama

July 6, 2007

SAYANGI LAH BUAH PINGGANG ANDA

Terletak dibahagian bawah belakang tulang rusuk,dan berat 0.5% dari keseluruhan berat badan.Fungsi buah pinggang ini adalah mengawal tekanan darah,dimana ia mengawal keseimbangan garam galian dalam badan,mengawal penghasilan darah merah,mengawal kesihatan dan ketumpatan tulang.Punca utama penyakit ini adalah berpunca dari diabetes,tekanan darah tinggi yang melampau,memakan ubat tahan sakit dan sebagainya dan bermacam-macam lagi.Pesakit diabetes adalan penyakit yang banyak menyumbangkan pesakit menghidapi sakit buah pinggang iaitu sebanyak 75% dari keseluruhan pesakit ginjal ini.

Kini terdapat lebih 15 ribu orang pesakit yang menjalani dialisis dan dianggarkan lebih 2 ribu orang pesakit baru setiap tahun.Tanda-tanda awal penyakit ini adalah kencing seseorang itu menjadi berkeladak,lama-kelamaan apabila tidak dirawat dengan betul dan tidak berjumpa doktor maka kegagalan buah pinggang akan bermula dan tanda-tandanya adalah cepat merasa letih dan lesu,kurang selera makan,dan rasa mual dan muntah,kaki akan mula membengkak dan sesak nafas,kadangkala orang menyalah tafsir kerosakan ginjal adalah sakit pinggang.

Individu-individu yang berisiko tinggi adalah mereka yang mempunyai penyakit diabetes,penyakit darah tinggi,mempunyai ahli yang terdekat yang menghidapi sakit buah pinggang,dan mereka yang kerap memakan ubat tahan sakit,ada juga kes yang tidak tahu apa puncanya.Kepada mereka-mereka yang mengambil berat atau pun masih belum lagi tahu berkenaan penyakit ini digalakan dapatkan pengesahan doktor sekiranya anda tergolong dalam kumpulan berisiko ini.Ujian-ujian makmal ini nanti akan menentukan berapa banyak kandungan urea dan creatinine dalam darah seseorang,dan berapa tinggi paras gula dalam darah seseorang serta berapa banyak protien dalam air kencing.

Pesakit yang telah menjalani rawatan dialisis adalah dalam kategori peringkat 5,pada mereka yang berada di peringkat 1-4 adalah disarankan agar dapat ikut nasihat doktor dengan betul di samping mengamalkan cara hidup yang sihat dengan memakan makanan yang berkhasiat,mengawal berat badan mengikut tinggi seseorang itu,melakukan senaman lebih kerap serta berhenti dari merokok,mengawal paras gula dalam darah semasa berpuasa adalah kurang 6m mol/L 2 jam selepas makan adalah kurang 11m mol/L,serta mengawal tekanan darah dibawah 130/80mmHg dan pada mereka yangair kencing mereka mengandungi protinuria adalah dibawah 120/75mmHg.

Sebagai mesyarakat yang telah menhidapi penyakit ini kami ahli dalam persatuan merayu agar pada mereka yang sayangkan ginjal mereka haruslah mula memastikan ginjal mereka dan kesihatan mereka dalam keadaan sihat disamping mengamalkan cara hidup yang sihat,selalu periksa darah mereka agar doktor dapat memberi nasihat untuk diri anda tidak termasuk dalam golongan penyakit ini.

MENGAPA PERANG DITUBUHKAN

PERSATUAN RAWATAN GINJAL SELANGOR akan berperanan sebagai pusat untuk menyalurkan ilmu pengetahuan dan khidmat nasihat berkenaan rawatan,gaya hidup,pemakanan dan penyakit buah pinggang kepada pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang supaya mereka lebih''Berfikiran Positif Hidup Berkualiti''.Inilah cogankata yang akan kita sama-sama pratikkan dalam meneruskan hidup kita.Dengan adanya PERANG ini dapat lah kita sama-sama berkongsi pengalaman dan saling memberi sokongan moral di antara satu sama lain.

PERANG juga akan berfungsi sebagai platform untuk ahli-ahlinya memberikan pendapat dan cadangan mahupun aduan-aduan berkenaan rawatan yang diterima di Hospital serta pusat dialisis swasta agar ahli-ahli persatuan mendapat rawatan yang terbaik.Kini terdapat hampir 15 ribu pesakit ginjal menjalani rawatan dialisis di Malaysia pada penghujung 2006.Jumlah ini bersamaan dengan 550 pesakit ginjal yang menjalani dialisis untuk setiap juta penduduk Malaysia.Hampir 60% pesakit baru mengalami kegagalan ginjal kekal terdiri dari pesakit diabetes melittus.Pada masa yang sama ahli keluaga juga mempunyai beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk berhadapan dengan perbagai cabaran dan kesusahan akibat gejala penyakit buah pinggang ini.

ANTARA CABARAN YANG DIHADAPI:
1:mengatasi halangan psikologi yang menindakkan status pesakit
2:kekurangan maklumat cara dialisis yang sesuai dengan keperluan pesakit
3:mendapatkan rawatan yang dekat dengan tempat tinggal
4:membiayai kos rawatan serta ubat
5:membiasakan diri dengan rutin rawatan
6:mematuhi kawalan pemakanan dan minuman
7:memenuhi tanggungjawab sosial sebagai suami,isteri,ibu dan bapa.
Ini adalah sebahagian dari cabaran yang dihadapi dan masih banyak lagi cabaran yang tak dicatitkan dalam kolum ini.Juga diharapkan tertubuhnya persatuan ini akan menghasilkan KEBAIKAN pada semua orang diantaranya:
1:berkongsi pengalaman
2:mengumpulkan pesakit dengan ahli keluarga untuk aktiviti sosial
3:mengumpulkan dana kewangan untuk kemudahan pesakit
4:meningkatkan pengetahuan masyarakat awam mengenai penjagaan buah pinggang
5:menolong dan menyokong pihak berwajib dalam meningkatkan mutu rawatan dialisis
6:memberikan kekuasaan dan kesedaran untuk menjaga hak-hak dan kepentingan pesakit.

July 5, 2007

PERANG(PERSATUAN RAWATAN GINJAL SELANGOR)

PERSATUAN RAWATAN GINJAL SELANGOR

Pada hari ini Ahad bertarikh 01 07 2007 bertempat tingkat 4,DEWAN CATTELEYA GRAND BALLROOM,WISMA PKPS,JALAN PERBENDAHARAAN,SEKSYEN 14 SHAH ALAM,SELANGOR,telah mencatatkan satu sejarah apabila satu persatuan yaitu PERSATUAN RAWATAN GINJAL SELANGOR telah ditubuhkan yang mana ia telah dirasmikan oleh DR.GHAZALI AHMAD dari Pakar Perunding Nefrologi Kanan,H.K.L.

Disamping itu juga diadakan satu AGM untuk memilih satu ahli jawatan kuasa yang akan menjalankan aktiviti persatuan dan persatuan juga telah mengadakan satu seminar yang bertajuk MENINGKATKAN KUALITI RAWATAN DIALISIS yang telah disampaikan oleh DR,GHAZALI AHMAD sendiri di samping DR.LILY MUSHAHAR yang juga dari jabatan yang sama serta PUAN NOOR HANIZAH dari Frenesius Medical Care dan PUAN LIM S.M dari Jansenn-Cilag .
Pergerakan pesatuan ini banyak dibantu oleh pengurus dari Syukur Elit dialisis centre iaiti EN.MALIK FAIZAL serta USTAZ HAYAZI yang telah membenarkan pusat dialisis Syukur Elit menjadi pejabat sementara Persatuan.

Dalam AGM yang pertama ini ahli yang terdiri dari pesakit buah pinggang sebahagian yang hadir dari negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan telah memilih beberapa orang yang juga pesakit buah pinggang untuk memegang amanah dan jawatan dalam persatuan ini dan mereka adalah:
PRESIDEN :MARYATI MOHD HASSAN
T.PRESIDEN :AHMAD ALI
SETIAUSAHA :SURAYATUL NADIA
P.SETIAUSAHA :NORFADILAH
BENDAHARI :ZALIKAH
AJK 1 :AZMAN KAMARUDIN
AJK 2 :KAMARUZAMAN JAMIL

Dalam mesyuarat ini ahli di minta untuk meluluskan draf perlembagaan Persatuan yang membentangkan 21 fasal undang-undang persatuan yang akan dibincangkan dalam satu mesyuarat ahli jawatan kuasa yang telah dilantik pada masa yang terdekat,disamping akan berusaha menambahkan kan lagi ahli persatuan dan merancakkan lagi aktiviti persatuan serta mencari dana untuk mengerakkan persatuan agar dapat berkembang.

Dalam seminar MENINGKATKAN KUALITI RAWATAN DIALISIS Dr.GHAZALI telah menekankan pentingnya seseorang pesakit itu menjalankan rawatan mengikut waktu rawatan serta menjaga pemakanan serta bercerita tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh kerajaan ,ngo serta badan-badan yang membantu pesakit buah pinggang ini seperti,Socso,Baitulmal,Pusat Zakat Selangor dan JPA.Kerajaan sahaja telah membelanjakan sebanyak rm 53 juta untuk merawat pesakit ini dan ini tidak termasuk dari perbelanjaan semua jabatan yang tersebut diatas.Dr.Ghazali juga menekankan agar persatuan ini dapat bergabung dengan persatuan dari negeri lain agar dapat membentuk satu persatuan untuk National amnya.

Puan NOOR membentangkan satu seisi untuk pesakit melakukan senaman semasa menjalankan rawatan dialisis yang mana seisi ini memang sesuai utk pesakit melakukan senaman semasa rawatan kerana ia banyak memberi manafaat terhadap pesakit ginjal.Selepas makan tengahari giliran Dr.LILY membentangkan ceramah beliau berkenaan cara dialisis yang baik yang mana juga meminta pesakit menjalankan dialisis mengikut waktu yang ditetapkan,menjaga pemakanan serta menjaga minum,makan ubat yang perlu serta nasihat Dr
dipatuhi agar jangka hayat pesakit itu dapat ditingkatkan dan berasa lebih sihat.Bagi Puan LIM pula ia membentang kan cara pemakanan yang betul untuk menambahkan kesihatan kita serta ia juga menunjukkan satu cd yang menentukan cara pemakanan yang sihat serta boleh diikuti setiap pesakit ginjal yang harga nya rm 160 setiap satu cd.

Persatuan juga akan cuba menambahkan kan lagi peserta pada masa akan datang yang pada masa seminar ini cuma sebahagian sahaja yang datang dari 100 lebih centre dijemput cuma tak sampai 20 centre sahaja yang menyertai seminar ini yang mana rata-rata ia dihadari oleh pesakit serta pekerja pusat dialisis sekitar Selangor dan KL.Seminar telah berjaya dan telah ditamatkan pada jam 4.30 petang.Persatuan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.AZMAN ISMAIL kerana sudi menjadi pengerusi majlis dan juga mengalu-alukan sumbangan penaja dari ABBOTT LABORATORIES dan FRESENIUS MEDICAL CARE serta pusat rawatan DIALISIS SYUKUR ELIT kerana menjadi pengajur bersama persatuan.