July 6, 2007

MENGAPA PERANG DITUBUHKAN

PERSATUAN RAWATAN GINJAL SELANGOR akan berperanan sebagai pusat untuk menyalurkan ilmu pengetahuan dan khidmat nasihat berkenaan rawatan,gaya hidup,pemakanan dan penyakit buah pinggang kepada pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang supaya mereka lebih''Berfikiran Positif Hidup Berkualiti''.Inilah cogankata yang akan kita sama-sama pratikkan dalam meneruskan hidup kita.Dengan adanya PERANG ini dapat lah kita sama-sama berkongsi pengalaman dan saling memberi sokongan moral di antara satu sama lain.

PERANG juga akan berfungsi sebagai platform untuk ahli-ahlinya memberikan pendapat dan cadangan mahupun aduan-aduan berkenaan rawatan yang diterima di Hospital serta pusat dialisis swasta agar ahli-ahli persatuan mendapat rawatan yang terbaik.Kini terdapat hampir 15 ribu pesakit ginjal menjalani rawatan dialisis di Malaysia pada penghujung 2006.Jumlah ini bersamaan dengan 550 pesakit ginjal yang menjalani dialisis untuk setiap juta penduduk Malaysia.Hampir 60% pesakit baru mengalami kegagalan ginjal kekal terdiri dari pesakit diabetes melittus.Pada masa yang sama ahli keluaga juga mempunyai beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk berhadapan dengan perbagai cabaran dan kesusahan akibat gejala penyakit buah pinggang ini.

ANTARA CABARAN YANG DIHADAPI:
1:mengatasi halangan psikologi yang menindakkan status pesakit
2:kekurangan maklumat cara dialisis yang sesuai dengan keperluan pesakit
3:mendapatkan rawatan yang dekat dengan tempat tinggal
4:membiayai kos rawatan serta ubat
5:membiasakan diri dengan rutin rawatan
6:mematuhi kawalan pemakanan dan minuman
7:memenuhi tanggungjawab sosial sebagai suami,isteri,ibu dan bapa.
Ini adalah sebahagian dari cabaran yang dihadapi dan masih banyak lagi cabaran yang tak dicatitkan dalam kolum ini.Juga diharapkan tertubuhnya persatuan ini akan menghasilkan KEBAIKAN pada semua orang diantaranya:
1:berkongsi pengalaman
2:mengumpulkan pesakit dengan ahli keluarga untuk aktiviti sosial
3:mengumpulkan dana kewangan untuk kemudahan pesakit
4:meningkatkan pengetahuan masyarakat awam mengenai penjagaan buah pinggang
5:menolong dan menyokong pihak berwajib dalam meningkatkan mutu rawatan dialisis
6:memberikan kekuasaan dan kesedaran untuk menjaga hak-hak dan kepentingan pesakit.

No comments: