September 15, 2007

TANGGUNGJAWAB BERSAMA

BANTULAH KELUARGA ANDA MENCEGAH DARI SAKIT BUAH PINGGANG

Mengapa keluarga kita perlu tahu?

#Penyakit buah pinggang diwarisi dalam keluarga.
#Walaupun seorang ahli keluarga menghadapi kegagalan buah pinggang,semua ahli keluarga berkaitan,harus menjalani pemeriksaan.
#Dengan rawatan awal dapat memperlahankan dan dialysis atau pemindahan organ dapat dielakkan.

Apa yang mereka perlu tahu

#Diabetes dan tekanan darah tinggi adalah punca utama kegagalan buah pinggang.
#Mengawal gula dalam darah dan tekanan darah boleh membantu ginjal kekal sihat.
#Harus menjalani pemeriksaan.

Bagaimana membantu mereka untuk mencegah

Menasihatkan mereka untuk mendapatkan pemeriksaan dengan doctor.

ADAKAH ANDA MENGHIDAP DIABETES
Diabetes merupakan sebab utama kegagalan buah pinggang.Buah pinggang mengekalkan kesihatan kita dengan mengekalkan keseimbangan garam dalam darah,diabetes merosakkan saluran kecil darah dalam badan kita,apabila saluran darah ginjal cedera,ginjal kita tidak dapat berfungsi dengan baik.Kedua-dua jenis diabetes ,jenis 1 dan 2 boleh menyebabkan penyakit buah pinggang,semakin lama kita menghidapi diabetes,lebih tinggi risiko untuk kita mendapat pesakit buah pinggang.

IANYA BOLEH DICEGAH
Satu cara untuk mencegah adalah dengan mengawal diabetes kita.Ubat-ubatan juga boleh membantu dalam memperlahankan kadar kemerosotan,penyakit ini tiada tanda awal dan bagi mereka yang menghidapi diabetes penting menjalankan ujian penyakit ini setiap tahun.

ADAKAH ANDA MEMPUNYAI TEKANAN DARAH TINGGI
Tekanan darah tinggi adalah punca kedua tertinggi yang mengakibatkan kegagalan buah pinggang.Buah pinggang kita memainkan peranan penting dalam mengekalkan tekanan darah didalam kadar yang sihat,tekanan yang tinggi boleh memberi kesan pada buah pinggang kita.Tekanan darah tinggi menyebabkan jantung kita bekerja lebih kuat dan lama-kelamaan boleh merosakkan saluran darah dalam badan termasuklah didalam buah pinggang.
Dengan mengawal tekanan darah tinggi kita serta ubat-ubatan dapat membantu atau memperlahankan kemerosotan ginjal.Pada mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi penting bagi mereka mendapatkan pemeriksaan buah pinggang.


APAKAH DIABETES
Diabetes adalah penyakit kronik yang berlaku disebabkan oleh masalah pengeluaranatau tindakan insulin didalam badan.Apabila seseorang menghidapi diabetes sama ada pancreas tidak dapat mengeluarkan insulin yang diperlukan (jenis 1)atau badan mereka tidak dapat menggunakan insulin yang dikeluarkan dengan efektif(jenis 2).Selalunya paras glukos dalam darah atau air kencing merupakan tanda jelas diabetes.
Jenis 1 – boleh berlaku pada semua peringkat umur,namun lebih kerap dikalangan remaja dan kanak-kanak dan ia mengeluarkan sedikit atau tiada langsung insulin,Mereka yang menghidap jenis 1 memerlukan suntikan insulin setiap hari.
Jenis 2 –sering berlaku dikalangan dewasa (40 tahun keatas) terutamanya mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan juga boleh berlaku pada kalangan muda disebabkan oleh obesity dan aktiviti yang terhad.Individu yang menghidap diabetes jenis 2 tidak bergantung kepada insulin dan ia boleh dikawal dengan menjaga pemakanan ,mengurangkan berat badan sekiranya perlu dan melakukan aktiviti fizikal yang sederhana dengan kerap.

APAKAH TEKANAN DARAH TINGGI
Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai hipertensi berlaku apabila darah menekan lebih kuat dinding arteri dan ini mengakibatkan kerosakan.Untuk kebanyakan orang dewasa bacaan tekanan darah pada 140/90 atau lebih adalah dianggap tinggi.Bagi mereka yang mempunyai diabetes atau penyakit buah pinggang yang kronik adalah kurang daripada 130/80.Bacaan tekanan darah yang normal adalah 120/80 dan lebih rendah pada mereka yang mempunyai keadaan fizikal yang lebih baik.

No comments: